Cintaku Milikmu |
Setelah Ikin melabuhkan punggungnya ke kerusi.Nina pun bersuara,”Errr Ikin.Apa yang penting sangat kau nak cakap tu?”.”Ish kau ni Nina,agak-agaklah.Aku nak ambil nafas pun tak sempat lagi tahu.”,balas Ikin yang sedikit geram dengan Nina.
*****************************************************************************
”Erk,ya ke?Sorry lah”,balas Nina sambil tergelak kecil.”Nina..Aku rasa kan…”,Ikin cuba memulakan perbualan.”Rasa apa?”,tanya Nina.”Aku…Errr entahlah..Aku tak tahu macam mana nak cakap.”,kata Ikin dalam nada serba salah.
”Err kau ni Ikin,cakap ajelah.Tak adanya aku nak telan kau.”,balas Nina dalam nada seloroh.”Aku nak Aqil kembali pada aku.”,kata Ikin tegas.Tersentak sejenak Nina apabila mendengar kata Ikin itu.Jantungnya terasa bagai disentak-sentak saat itu.”Errr hello?”,tegur Ikin apabila melihat Nina tidak memberi sebarang reaksi.
”Ohh errr,maaf.Apa kau cakap tadi?”,balas Nina sambil cuba menutup kegugupan dan menyembunyikan perasaannya.”Ish kau ni Nina!Cubalah beri perhatian sikit masa aku bercakap.Ini tidak,asyik berangan aje.Entah apalah yang diangan-angankannya tu.Entah-entah tak sabar nak kahwin dah.”,bebel Ikin.”Dah mulalah membebel mak nenek ni,haishhh apalah nasib aku dapat kawan macam ni.”,Nina berkata dalam hatinya.”Aku cuma cakap yang aku nak Aqil kembali pada aku,tu je.Kau rasa apa aku patut buat ya,Nina?”,tanya Ikin kepada Nina.
”Errr,aku rasa baik kau lupakan jelah Aqil tu.Dah tak ada gunanya Ikin.Aku tengok..sepanjang korang couple,dia tak pernah hargai kau.Janganlah kau terlalu mengharap Ikin.Aku cuma tak nak kau kecewa aje.Lagipun..”,belum sempat Nina menghabiskan katanya Ikin sudah menyampuk.”Hoi Nina,kau sedar tak apa kau cakap ni?Sampai hati kau cakap macam tu.Aku mencintai dia dan perasaan itu tak akan pernah berubah.Walau apapun kata orang.Dahlah.Menyesal aku ajak kau keluar.Bukannya nak tolong ubatkan luka di hati ni,tambah luka adalah.Bye”,kata Ikin lalu beredar.
Nina menghalang Ikin dan cuba menjelaskan segalanya namun sudah terlambat.Ikin terlalu mengikut perasaan.
“Hmmphh”,keluh Nina yang sedikit kecewa dengan sikap Ikin.”Ini baru sedikit,apalah agaknya Ikin akan lakukan kalau dia tahu aku ada perasaan terhadap Aqil?Oh It’s gonna be my worst dream!Tolonglah jangan benarkan perkara itu berlaku,Ya Allah.”,doa Nina di dalam hati.
Aqil yang sedang bersiap-siap untuk ke tempat kerja terhenti sejenak apabila terdengar bunyi loceng rumahnya.”Aishh,siapa pula datang pagi-pagi buta ni?”,detik hati Aqil.Lalu Aqil pun membuka pintu.
Terkejutnya bukan kepalang apabila Ikin yang berdiri di hadapan pintunya.Setelah Aqil membuka pintu,Ikin terus meluru masuk ke dalam rumahnya.”Errrr Ik..Ikin..Apa kau buat kat sini?”,kata Aqil tergagap-gagap.”Eh,salah ke Ikin nak datang melawat Aqil?”,balas Ikin manja.”Errr,tak salah.Cuma..Ada apa Ikin datang sini?Ada apa-apa yang penting ke?”,kata Aqil yang kurang senang dengan kehadiran Ikin itu.
”Actually,Ikin nak cakap sesuatu yang penting,Ikin nak kita kembali bersama.Tolonglah jangan menolak,Aqil.Ikin betul-betul cintakan Aqil.Ikin tak boleh hidup tanpa Aqil.Hidup Ikin sengsara lepas Aqil pergi tinggalkan Ikin.Kalau Aqil terima Ikin lagi,Ikin janji Ikin akan berubah”,rayu Ikin dengan bersungguh-sungguh.”Ikin..Maafkan Aqil..Aqil tak boleh terima Ikin balik.Ikin..Aqil minta satu aje,tolonglah berhenti mengharap pada Aqil,sebab Aqil dah tak boleh nak terima.Sekarang..Tolong pergi dari sini”,balas Aqil dengan serba salah.Namun Aqil tak mampu berbuat apa-apa.
Nina yang sedang berjalan menuju ke apartment Aqil terhenti sebentar apabila melihat Ikin ada di depan apartment Aqil.”Ehh,apa pula si Ikin tu buat kat sini?Ahh ada-ada jelah bila aku nak jumpa Aqil.”,gerutu Nina.
Nina menyorok di sebalik dinding kerana bimbang dilihat Ikin.”Ahh,baik aku menyorok dululah,kalau Ikin nampak nanti apa pula jadi.Dah la semalam perang besar.”,detik hati Nina.Di hadapan rumah Aqil,Ikin melangkah pergi dengan rasa hampa.”Kenapa kau tak boleh terima aku balik Aqil,besar sangat ke kesalahan aku?”,ucap Ikin sambil menangis.Semakin lama,kelibat Ikin pun hilang dari situ.
Nina pun meneruskan langkahnya ke rumah Aqil.Lalu dia pun menekan loceng rumah Aqil.”Ishh Ikin ni,apa lagi dia nak?”,kata Aqil sambil membuka pintu.”Ehhh,Nina?Apa kau buat kat sini?”,Aqil menegur Nina.”Errrr,ada perkara penting yang aku nak bicarakan Aqil”,balas Nina mesra.
”Ni mesti nak cakap pasal hal semalam kan?Ahh sudahlah Nina.Cubalah mengerti.Aku dah anggap kau macam adik aku sendiri,aku tak boleh terima.Maafkan aku”,kata Aqil sambil menutup pintu.Nina cuba memanggil Aqil dan menyuruhnya membuka pintu berulang-ulang kali namun tidak diendahkan oleh Aqil.”Maafkan aku,Nina”,detik hati Aqil.
Nina melangkah pergi dengan rasa hampa.”Kenapa Aqil..kenapa kau tak beri aku peluang untuk luahkan perasaan aku?”,luah Nina.”Cubalah kau mengerti Aqil..Aku hanya mahu meluahkan perasaan aku dan cuba betulkan semua ini.”Aku nak tamatkan konflik di antara kita.Kalaulah kau beri aku peluang..Selepas semua ini tamat,buatlah apa yang kau suka.Aku akan pergi dari hidup kau jika itu yang kau mahu,aku janji.”,ucap Nina ikhlas. P/s : Maaflah kalau hasilnya tidak memuaskan,maklumlah saya budak baru belajar.nantikan sambungannya...