![]() |
| Cintaku Milikmu... |
Cinta.Bunyinya kelihatan indah tetapi perasaannya tidak seindah bunyinya.Cinta itu ada dugaannya sendiri.kata orang cinta itu buta,cinta tidak punya deria.cinta tidak kenal taraf,pangkat dan segala yang membezakan manusia.cinta selalu dikaitkan dengan kalimah derita kerana cinta itu punya dugaan yang berat,sungguhpun begitu,tidak bermakna kita tidak boleh bercinta.Kita dibenarkan bercinta tetapi perlulah ada batas atau sempadan.Itulah pandangan Aqil terhadap cinta.Tetapi bilakah dia akan menemui cinta sejatinya?Fikir Aqil sambil mengeluh panjang.Nasibnya tidak sebaik rakan-rakannya yang lain.Samada sedang bercinta ataupun sudah berkahwin.Manakala Aqil masih lagi terkontang kanting.
*****************************************************************************
”Kenapa aku tak bernasib baik seperti orang lain?” keluh Aqil lagi.Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi.Tutttttt.”Hello”,suara seorang perempuan menyapa dari sebelah sana.”Siapa ni?”,balas Aqil.”Eh you ni,dah lupa I ke?I ni Nina lah”,balas perempuan itu.”Nina,kan aku dah kata kita dah tak ada apa – apa hubungan lagi,kenapa kau masih tak serik-serik lagi hah?Apa yang kau nak daripada aku sebenarnya?”,marah Aqil.”You ni kan,I cuma nak berbaik-baik je,yang you nak marah-marah ni kenapa?”,balas Nina yang sedikit kecil hati dengan perlakuan Aqil itu.”Aku tak sukalah kau call aku macam ni,kan aku dah kata kita tak ada apa-apa hubungan lagi.Aku tak nak kau terus mengharap.Ok bye”,telefon Aqil dimatikan.
“Apa lagi yang perempuan tu nak daripada aku?Huh..”,keluh Aqil kesal.”Ah dari aku dok pening-pening fikirkan dia baik aku keluar”.Kata Aqil sambil bersiap-siap untuk keluar.
Dalam perjalanannya ke Mid Valley,fikirannya menerawang.Aqil teringatkan bekas kekasihnya,Ikin.”Macam manalah agaknya keadaan Ikin sekarang ni?Sihatkah dia?”,kata Aqil di dalam hati.Setelah sampai ke destinasi yang dituju,Aqil pun keluar dari kereta dan masuk ke dalam Mid Valley.
Semasa membelek-belek buku,Aqil ternampak kelibat seseorang.”Eh macam kenal je perempuan tu”,Aqil berkata dalam hatinya.Lalu dia pun mendekati perempuan tersebut dan menegurnya.”Hello miss?”.Terkejutnya bukan kepalang apabila perempuan itu memalingkan wajahnya menghadap Aqil.”Sue!”,jerit Aqil.
”Aqil!What are you doing here?”,balas perempuan yang bernama Sue itu.”Errr,just release tension.How about you dear?”,kata Aqil berbasa basi.”Me?Ohh,Just shopping-shopping je.Maklum la area sini banyak barang-barang favourite I.Oh ye,macam mana hubungan you dengan Ikin?”.Tersentak sejenak Aqil apabila nama Ikin disebut.
Aqil teringatkan saat-saat manisnya bersama Ikin namun apa kan daya,mereka sudah tiada apa-apa hubungan lagi.”Hello Aqil!Jauh belayar nampak,sampai orang kat sini tertunggu-tunggu.”,usik Sue.”Erk Sue,Maaf.I mengelamun pula tadi.Oh ya,you cakap apa tadi ya?”,Tanya Aqil yang masih malu-malu setelah diusik oleh Sue.”I cuma tanya pasal hubungan you dengan Ikin,tu je.”,tanya Sue lagi.”Oh,I dengan Ikin dah putus lah.Kami dah tak ada apa-apa hubungan lagi.”,balas Aqil sedih.
”What?!”,jerit Sue.”Macam mana boleh putus?Dulu I tengok you all bahagia je.”,kata Sue lagi dengan nada terkejut.Sue tidak menyangka bahawa pertanyaannya itu bakal dijawab dengan berita yang buruk.”But the way,I tumpang simpati.Maaf sebab bertanya”,sambung Sue lagi.”Ah,It’s okay la Sue,dah tak ada jodoh,nak buat macam mana.Ok lah.I ada hal lagi.GTG.Jumpa lagi ya.Bye.”,Aqil mengakhiri perbualan mereka.
Nina yang sedang memandu tidak dapat fokus kerana fikirannya asyik menerawang.” Aku tak sukalah kau call aku macam ni,kan aku dah kata kita tak ada apa-apa hubungan lagi.Aku tak nak kau terus mengharap.Ok bye”-kata-kata itu terus bermain di benaknya.
”Ahh,kenapa kau buat macam ni pada aku Aqil?Besar sangat ke kesalahan aku pada kau?Aku mencintai kau dengan ikhlas Aqil..Aku tak harapkan balasan,tetapi tolonglah..jangan perlakukan aku begini Aqil.Aku tak mampu mengubah perasaan kau padaku,namun aku harap kita boleh terus jadi kawan.Tapi kalau beginilah keadaannya,oh entahlah..”,keluh Nina.Betapa sakitnya hati bila diperlakukan sedemikian.
Tiba-tiba,telefon bimbitnya berbunyi.Tutttttttt.”Hello!”,sapa suara di hujung talian.”Hello,Ikin”,sapa Nina pula.”Hey Nina,jom keluar malam ni nak?Ada perkara penting yang aku nak bincangkan?”,kata Ikin pula.”Hmm,aku okey je Ikin.ko set lah time and place”,balas Nina yang kelihatan tertarik dengan ajakan Ikin itu.”Ok,kalau macam tu kita jumpa dekat Starbuck pukul 9 ya.Set?”,cadang Ikin.”Err,Ok set.Bye.”,balas Nina sambil memutuskan talian.
”Apalah agaknya perkara penting yang Ikin nak cakap tu?Ahh pergi jelah dulu,nanti baru tahu”,bisik Nina sendirian.Lalu Nina pun memusingkan keretanya menuju ke Starbuck.Setelah sampai ke Starbuck,Nina pun mencari tempat kosong.Selepas beberapa minit,Ikin pun tiba.
P/s : Maaflah kalau hasilnya tidak memuaskan,maklumlah saya budak baru belajar.nantikan sambungannya...


4 comments:
wahakzz! kam0oo yg wt ke? adoii.. org tgh cri idea nak wt cerpen nieyh..!
hahah.yelah deq oiii.npe ? x cyer ke?kahkahkahhh ~ ni mini cerpen wehh ~
ahh..nk ngez weh..waakakk
aik amani?tetibe nk nngez?awat na?haha
Post a Comment