• Home
  • About
  • Contact
  • Help
skip to main | skip to sidebar

Hasil Nukilanku

Hasil Nukilanku

Tuesday, 3 May 2011

Cintaku Milikmu-2

Cintaku Milikmu


        Setelah Ikin melabuhkan punggungnya ke kerusi.Nina pun bersuara,”Errr Ikin.Apa yang penting sangat kau nak cakap tu?”.”Ish kau ni Nina,agak-agaklah.Aku nak ambil nafas pun tak sempat lagi tahu.”,balas Ikin yang sedikit geram dengan Nina.
     ”Erk,ya ke?Sorry lah”,balas Nina sambil tergelak kecil.”Nina..Aku rasa kan…”,Ikin cuba memulakan perbualan.”Rasa apa?”,tanya Nina.”Aku…Errr entahlah..Aku tak tahu macam mana nak cakap.”,kata Ikin dalam nada serba salah.
     ”Err kau ni Ikin,cakap ajelah.Tak adanya aku nak telan kau.”,balas Nina dalam nada seloroh.”Aku nak Aqil kembali pada aku.”,kata Ikin tegas.Tersentak sejenak Nina apabila mendengar kata Ikin itu.Jantungnya terasa bagai disentak-sentak saat itu.”Errr hello?”,tegur Ikin apabila melihat Nina tidak memberi sebarang reaksi.
     ”Ohh errr,maaf.Apa kau cakap tadi?”,balas Nina sambil cuba menutup kegugupan dan menyembunyikan perasaannya.”Ish kau ni Nina!Cubalah beri perhatian sikit masa aku bercakap.Ini tidak,asyik berangan aje.Entah apalah yang diangan-angankannya tu.Entah-entah tak sabar nak kahwin dah.”,bebel Ikin.”Dah mulalah membebel mak nenek ni,haishhh apalah nasib aku dapat kawan macam ni.”,Nina berkata dalam hatinya.”Aku cuma cakap yang aku nak Aqil kembali pada aku,tu je.Kau rasa apa aku patut buat ya,Nina?”,tanya Ikin kepada Nina.
    ”Errr,aku rasa baik kau lupakan jelah Aqil tu.Dah tak ada gunanya Ikin.Aku tengok..sepanjang korang couple,dia tak pernah hargai kau.Janganlah kau terlalu mengharap Ikin.Aku cuma tak nak kau kecewa aje.Lagipun..”,belum sempat Nina menghabiskan katanya Ikin sudah menyampuk.”Hoi Nina,kau sedar tak apa kau cakap ni?Sampai hati kau cakap macam tu.Aku mencintai dia dan perasaan itu tak akan pernah berubah.Walau apapun kata orang.Dahlah.Menyesal aku ajak kau keluar.Bukannya nak tolong ubatkan luka di hati ni,tambah luka adalah.Bye”,kata Ikin lalu beredar.
       Nina menghalang Ikin dan cuba menjelaskan segalanya namun sudah terlambat.Ikin terlalu mengikut perasaan.
   “Hmmphh”,keluh Nina yang sedikit kecewa dengan sikap Ikin.”Ini baru sedikit,apalah agaknya Ikin akan lakukan kalau dia tahu aku ada perasaan terhadap Aqil?Oh It’s gonna be my worst dream!Tolonglah jangan benarkan perkara itu berlaku,Ya Allah.”,doa Nina di dalam hati.

 *****************************************************************************
    Aqil yang sedang bersiap-siap untuk ke tempat kerja terhenti sejenak apabila terdengar bunyi loceng rumahnya.”Aishh,siapa pula datang pagi-pagi buta ni?”,detik hati Aqil.Lalu Aqil pun membuka pintu.
     Terkejutnya bukan kepalang apabila Ikin yang berdiri di hadapan pintunya.Setelah Aqil membuka pintu,Ikin terus meluru masuk ke dalam rumahnya.”Errrr Ik..Ikin..Apa kau buat kat sini?”,kata Aqil tergagap-gagap.”Eh,salah ke Ikin nak datang melawat Aqil?”,balas Ikin manja.”Errr,tak salah.Cuma..Ada apa Ikin datang sini?Ada apa-apa yang penting ke?”,kata Aqil yang kurang senang dengan kehadiran Ikin itu.
    ”Actually,Ikin nak cakap sesuatu yang penting,Ikin nak kita kembali bersama.Tolonglah jangan menolak,Aqil.Ikin betul-betul cintakan Aqil.Ikin tak boleh hidup tanpa Aqil.Hidup Ikin sengsara lepas Aqil pergi tinggalkan Ikin.Kalau Aqil terima Ikin lagi,Ikin janji Ikin akan berubah”,rayu Ikin dengan bersungguh-sungguh.”Ikin..Maafkan Aqil..Aqil tak boleh terima Ikin balik.Ikin..Aqil minta satu aje,tolonglah berhenti mengharap pada Aqil,sebab Aqil dah tak boleh nak terima.Sekarang..Tolong pergi dari sini”,balas Aqil dengan serba salah.Namun Aqil tak mampu berbuat apa-apa.
     Nina yang sedang berjalan menuju ke apartment Aqil terhenti sebentar apabila melihat Ikin ada di depan apartment Aqil.”Ehh,apa pula si Ikin tu buat kat sini?Ahh ada-ada jelah bila aku nak jumpa Aqil.”,gerutu Nina.
    Nina menyorok di sebalik dinding kerana bimbang dilihat Ikin.”Ahh,baik aku menyorok dululah,kalau Ikin nampak nanti apa pula jadi.Dah la semalam perang besar.”,detik hati Nina.Di hadapan rumah Aqil,Ikin melangkah pergi dengan rasa hampa.”Kenapa kau tak boleh terima aku balik Aqil,besar sangat ke kesalahan aku?”,ucap Ikin sambil menangis.Semakin lama,kelibat Ikin pun hilang dari situ.
    Nina pun meneruskan langkahnya ke rumah Aqil.Lalu dia pun menekan loceng rumah Aqil.”Ishh Ikin ni,apa lagi dia nak?”,kata Aqil sambil membuka pintu.”Ehhh,Nina?Apa kau buat kat sini?”,Aqil menegur Nina.”Errrr,ada perkara penting yang aku nak bicarakan Aqil”,balas Nina mesra.
    ”Ni mesti nak cakap pasal hal semalam kan?Ahh sudahlah Nina.Cubalah mengerti.Aku dah anggap kau macam adik aku sendiri,aku tak boleh terima.Maafkan aku”,kata Aqil sambil menutup pintu.Nina cuba memanggil Aqil dan menyuruhnya membuka pintu berulang-ulang kali namun tidak diendahkan oleh Aqil.”Maafkan aku,Nina”,detik hati Aqil.
      Nina melangkah pergi dengan rasa hampa.”Kenapa Aqil..kenapa kau tak beri aku peluang untuk luahkan perasaan aku?”,luah Nina.”Cubalah kau mengerti Aqil..Aku hanya mahu meluahkan perasaan aku dan cuba betulkan semua ini.”Aku nak tamatkan konflik di antara kita.Kalaulah kau beri aku peluang..Selepas semua ini tamat,buatlah apa yang kau suka.Aku akan pergi dari hidup kau  jika itu yang kau mahu,aku janji.”,ucap Nina ikhlas.     

P/s : Maaflah kalau hasilnya tidak memuaskan,maklumlah saya budak baru belajar.nantikan sambungannya...
Posted by eLa at 04:53 3 comments
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Monday, 2 May 2011

Cintaku Milikmu - 1



Cintaku Milikmu...


     Cinta.Bunyinya kelihatan indah tetapi perasaannya tidak seindah bunyinya.Cinta itu ada dugaannya sendiri.kata orang cinta itu buta,cinta tidak punya deria.cinta tidak kenal taraf,pangkat dan segala yang membezakan manusia.cinta selalu dikaitkan dengan kalimah derita kerana cinta itu punya dugaan yang berat,sungguhpun begitu,tidak bermakna kita tidak boleh bercinta.Kita dibenarkan bercinta tetapi perlulah ada batas atau sempadan.Itulah pandangan Aqil terhadap cinta.Tetapi bilakah dia akan menemui cinta sejatinya?Fikir Aqil sambil mengeluh panjang.Nasibnya tidak sebaik rakan-rakannya yang lain.Samada sedang bercinta ataupun sudah berkahwin.Manakala Aqil masih lagi terkontang kanting.
      ”Kenapa aku tak bernasib baik seperti orang lain?” keluh Aqil lagi.Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi.Tutttttt.”Hello”,suara seorang perempuan menyapa dari sebelah sana.”Siapa ni?”,balas Aqil.”Eh you ni,dah lupa I ke?I ni Nina lah”,balas perempuan itu.”Nina,kan aku dah kata kita dah tak ada apa – apa hubungan lagi,kenapa kau masih tak serik-serik lagi hah?Apa yang kau nak daripada aku sebenarnya?”,marah Aqil.”You ni kan,I  cuma nak berbaik-baik je,yang you nak marah-marah ni kenapa?”,balas Nina yang sedikit kecil hati dengan perlakuan Aqil itu.”Aku tak sukalah kau call aku macam ni,kan aku dah kata kita tak ada apa-apa hubungan lagi.Aku tak nak kau terus mengharap.Ok bye”,telefon Aqil dimatikan.
     “Apa lagi yang perempuan tu nak daripada aku?Huh..”,keluh Aqil kesal.”Ah dari aku dok pening-pening fikirkan dia baik aku keluar”.Kata Aqil sambil bersiap-siap untuk keluar.
     Dalam perjalanannya ke Mid Valley,fikirannya menerawang.Aqil teringatkan bekas kekasihnya,Ikin.”Macam manalah agaknya keadaan Ikin sekarang ni?Sihatkah dia?”,kata Aqil di dalam hati.Setelah sampai ke destinasi yang dituju,Aqil pun keluar dari kereta dan masuk ke dalam Mid Valley.
     Semasa membelek-belek buku,Aqil ternampak kelibat seseorang.”Eh macam kenal je perempuan tu”,Aqil berkata dalam hatinya.Lalu dia pun mendekati perempuan tersebut dan menegurnya.”Hello miss?”.Terkejutnya bukan kepalang apabila perempuan itu memalingkan wajahnya menghadap Aqil.”Sue!”,jerit Aqil.
     ”Aqil!What are you doing here?”,balas perempuan yang bernama Sue itu.”Errr,just release tension.How about you dear?”,kata Aqil berbasa basi.”Me?Ohh,Just shopping-shopping je.Maklum la area sini banyak barang-barang favourite I.Oh ye,macam mana hubungan you dengan Ikin?”.Tersentak sejenak Aqil apabila nama Ikin disebut.
    Aqil teringatkan saat-saat manisnya bersama Ikin namun apa kan daya,mereka sudah tiada apa-apa hubungan lagi.”Hello Aqil!Jauh belayar nampak,sampai orang kat sini tertunggu-tunggu.”,usik Sue.”Erk Sue,Maaf.I mengelamun pula tadi.Oh ya,you cakap apa tadi ya?”,Tanya Aqil yang masih malu-malu setelah diusik oleh Sue.”I cuma tanya pasal hubungan you dengan Ikin,tu je.”,tanya Sue lagi.”Oh,I dengan Ikin dah putus lah.Kami dah tak ada apa-apa hubungan lagi.”,balas Aqil sedih.
     ”What?!”,jerit Sue.”Macam mana boleh putus?Dulu I tengok you all bahagia je.”,kata Sue lagi dengan nada terkejut.Sue tidak menyangka bahawa pertanyaannya itu bakal dijawab dengan berita yang buruk.”But the way,I tumpang simpati.Maaf sebab bertanya”,sambung Sue lagi.”Ah,It’s okay la Sue,dah tak ada jodoh,nak buat macam mana.Ok lah.I ada hal lagi.GTG.Jumpa lagi ya.Bye.”,Aqil mengakhiri perbualan mereka.

 *****************************************************************************
     Nina yang sedang memandu tidak dapat fokus kerana fikirannya asyik menerawang.” Aku tak sukalah kau call aku macam ni,kan aku dah kata kita tak ada apa-apa hubungan lagi.Aku tak nak kau terus mengharap.Ok bye”-kata-kata itu terus bermain di benaknya.
    ”Ahh,kenapa kau buat macam ni pada aku Aqil?Besar sangat ke kesalahan aku pada kau?Aku mencintai kau dengan ikhlas Aqil..Aku tak harapkan balasan,tetapi tolonglah..jangan perlakukan aku begini Aqil.Aku tak mampu mengubah perasaan kau padaku,namun aku harap kita boleh terus jadi kawan.Tapi kalau beginilah keadaannya,oh entahlah..”,keluh Nina.Betapa sakitnya hati bila diperlakukan sedemikian.
    Tiba-tiba,telefon bimbitnya berbunyi.Tutttttttt.”Hello!”,sapa suara di hujung talian.”Hello,Ikin”,sapa Nina pula.”Hey Nina,jom keluar malam ni nak?Ada perkara penting yang aku nak bincangkan?”,kata Ikin pula.”Hmm,aku okey je Ikin.ko set lah time and place”,balas Nina yang kelihatan tertarik dengan ajakan Ikin itu.”Ok,kalau macam tu kita jumpa dekat Starbuck pukul 9 ya.Set?”,cadang Ikin.”Err,Ok set.Bye.”,balas Nina sambil memutuskan talian.
     ”Apalah agaknya perkara penting yang Ikin nak cakap tu?Ahh pergi jelah dulu,nanti baru tahu”,bisik Nina sendirian.Lalu Nina pun memusingkan keretanya menuju ke Starbuck.Setelah sampai ke Starbuck,Nina pun mencari tempat kosong.Selepas beberapa minit,Ikin pun tiba.

P/s : Maaflah kalau hasilnya tidak memuaskan,maklumlah saya budak baru belajar.nantikan sambungannya...

Posted by eLa at 06:53 4 comments
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Newer Posts »
Subscribe to: Comments (Atom)

Intro

Watak dan Perwatakan :

Aqil
Seorang yang friendly dan happy go lucky.Dia menjadi pujaan setiap perempuan yang berada di sekelilingnya.Juga seorang yang panas baran.

Ikin
Seorang yang baik dan peramah.Namun sanggup melakukan apa sahaja apabila tercabar dan boleh berubah-ubah sikap.Juga merupakan bekas kekasih Aqil dan sahabat karib Nina.

Nina
Seorang yang friendly dan sentiasa riang.Kadang kala bersikap gedik.Menyukai Aqil namun cintanya tidak dibalas oleh Aqil.

Sue
Seorang yang baik dan prihatin.Juga merupakan rakan karib Aqil.Fasih berbahasa Inggeris dan berpendidikan tinggi.

About Me

My Photo
eLa
Selamat datang ke blog saya.Tinggalkanlah komen bagi memperbaiki hasil penulisan saya jika sudi .Terima kasih :)
View my complete profile

Followers

Blog Archive

  • ▼  2011 (2)
    • ▼  May (2)
      • Cintaku Milikmu-2
      • Cintaku Milikmu - 1

Powered by Blogger.
 
Copyright © Hasil Nukilanku. All rights reserved.
Blogger template created by Templates Block. Price India. Hostgator Coupon.